Sunday, September 6, 2009


DERMA ORGAN ;-)

Tajuk ini di kalangan blogger agak popular di Malaysia ini,
terutamanya selepas kes
Tee Hui Yee dan Allahyarhamah Siti Salmah Jasni
menjalani proses pemindahan organ hasil penderma budiman.
Singapura, Julai 2007 dilaporkan ada mengemukakan
Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota)
yang memasukkan warga Muslim secara automatik sebagai penderma organ.
Usaha ini sebenarnya di Singpura lebih mendapat perhatian
dari kalangan warga bukan Muslim.
Di Malaysia, statistik penderma organ dapat dilihat
taburannya yang tidak sepadan,
iaitu di Malaysia yang rata-rata penduduknya Melayu
langsung majoriti beragama Islam,
tetap kurang bilangan penderma organ,
sedang kaum Melayu dan Muslim juga
yang menjadi golongan paling memerlukan organ.



Anugerah Kehidupan Yang Tidak Ternilai

Isu mengenai kematian serta pendermaan organ
adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan.
Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang.
Ia juga merupakan perkara yang rumit
bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha
untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit.
Keputusan untuk mengizinkan penderma organ
dan tisu seseorang yang disayangi apabila
beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah.
Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga simati.
Untuk meringankan beban mental keluarga
kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan
persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita.


Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma?

Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda
boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu.
Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang
daripada 18 tahun perlu mendapat kebenaran
ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.


Apakah Itu Pendermaan Organ?

Ia adalah proses mendermakan
bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan
selepas ianya meninggal dunia.
Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan
yang melibatkan pertukaran organ atau tisu
yang mengalami kegagalan fungsinya
dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan
daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.
Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu
akan menjadi lebih selesa dan sempurna
serta nyawanya akan terselamat.
Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia.





Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?

Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan
adalah buah pinggan, jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas.
Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah
mata, tulang, kulit dan injap jantung.
Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan
serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.


Bilakah Organ dan Tisu Sipenderma itu Diperolehi?

Proses perolehan organ dan tisu daripada
tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan
apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor
dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu
adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.


Perbezaan Rawatan Jika Anda adalah seseorang Penderma?

Tidak!
Doktor yang merawat anda akan berusaha
sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan
serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda.
Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu
akan dibincangkan dengan waris anda
hanya selapas kematian telah disahkan

Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?

Tiada!
Kebayakan agama di seluruh dunia
seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh
mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia



Bagaimana Organ Pendermaan itu dipindahkan?

Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan
suatu pembedahan yang bersih dan sucihama.
Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital
oleh pakar bedah yang berpengalaman.
Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini
tidak akan menjelaskan rupa dan bentuk tubuh badannya.
Selepas organ dan tisu diperolehi luka pembedahan itu
akan dijahitkan dengan sempurna
dan jenazah sipenderma ini tidak akan
mengalami apa-apa kecacatan fizikal.
Segala prosew pembedahan pemindahan ini dijalankan
dengan rasa penuh hormat dan tertib
sepertimana pembedahan-pembedahan biasa


Bagaimana jika berubah fikiran?

Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas
dan anda berhak untuk membatalkan
hasrat ini pada bila-bila masa.
Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ
dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu.
Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya
dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.


Akan melambatkan urusan pengkebumian Jenazah?

Tidak!
Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa.
Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma
maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan
kapada waris penderma secapat mungkin.
Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan
adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.


BAGAIMANA -MAHU- jadi Penderma Organ?


*prsetujuan klrga atau penjaga dan keluarga terdekat
*Dapatkan borang di premis hospital kerajaan
*lengkapkan borang dan hantar semula
*hubungi pegawai kesihatan yang sah yang mengurus hal pendermaan organ
*dapatkan khidmat nasihat pendermaan organ





MAHU MENDAPATKAN BORANG??

http://www.rayma.com.my/giftoflife/signup.html



PENTING DAN FAHAMI

Permindahan organ

Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesekit yang mengalami mati otak tersebut.

Apakah yang dikatakan MATI OTAK?

Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyababkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.